Tamadun China
Saturday, 8 June 2013
Friday, 7 June 2013
Sumbangan Tamadun China
Sumbangan Tamadun
Mercun.
Kompas.
Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.
Confuicius.
Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat.
Lao Tze.
Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.
Sistem sosial Tamadun China
SISTEM PEMERINTAHAN DAN SISTEM POLITIK CHINA
(i) Sistem Beraja Tamadun China- Pada zaman Dinasti Shang dan Chou, raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkutan tentera (sistem feudal).- Shih Huang Ti, maharaja China semasa Dinasti Chin.
- Jasa besar ini dikatakan tidak menjadikan orang China terhutang budi kepada Shih Huang Ti kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda, iaitu "pembakaran segala buku".- Peristiwa pembakaran buku dan membununh 400 orang orang sarjana pada tahun 213 SM dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Peristiwa Pembakaran Segala Buku
Liu Pang, pengasas Dinasti Han.
-Doktrin sistem politik China banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan aliran - Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan keterbitan dalam masyarakat.
-Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.
(iii) Konsep Pemusatan Kuasa- Aliran legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang.
-Aliran Konfusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yangbersifat etika dan kepimpinan melalui teladan (paternalistik).
Perbezaan antara Aliran Confusianisme dengan Aliran Legalisme
(a) Matlamat untuk Negara dalam Pendekatan yang Berbeza- Dalam aliran Konfusianisme, kerjasama antara pemerintah dan rakyatmerupakan kunci kepada segala kejayaan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
- Dalam aliran legalisme, segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara, bukan individu.
(b) Kegemilangan Sejarah Lampau- Dalam aliran legalisme, mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepatdan setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza.
- Dalam aliran Konfusianisme, pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain.
(c) Memupuk Kesetiaan Kepada Raja- Falsafah legalisme mengambil pendekatan undang-undang untuk memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.
- Konfusianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.
(d) Mengekalkan Disiplin Rakyat- Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan. Contohnya Dinasti Chin.
- Confusianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana (Dinasti Han).
Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun China
BAHASA DAN SASTERA TAMADUN CHINA
Dalam abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina. Semenjak zaman Han, orang Cina sendiri banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat. Selama tradisi kesusasteraan Cina, bentuk bahasa yang digunakan adalah Cina Klasik (wenyen).
Pada hakikatnya suatu bentuk tulisan yang kurang rigid yang dikenali sebagai tradisi bukan wenyen sudah wujud disepanjang kewujudan wenyen itu sendiri. Bentuk bahasa bukan wenyen ini digunakan untuk rekod-rekod sastera hiburan bagi masyarakat umum di samping menjadi bahasa-bahasa berseloka antara golongan-golongan terpelajar. Baihua juga dikenali sebagai bahasa vernakular ( bahasa daerah) telah dimajukan oleh tokoh-tokoh Gerakan 4 Mei . Penggunaannya bermula sejak munculnya manifesto yang dibuat oleh seorang tokoh iaitu Hu Shih pada 1 Januari 1917.
Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera baik yang ditulis dalam bahasa vernakular seperti “ Water Margin”, “ Journey to the West” , “Dream of Red Mansion” dan lain-lain karya sastera. Kesemua karya ini merupakan khazanah sastera China tetapi tidak diterima oleh golongan konservatif yang mengagungkan bahasa Cina klasik.
Hanya pada zaman akhir Dinasti Ching , barulah muncul tokoh-tokoh seperti Kang Yu-wei, Liang Chi-chao dan Wang Kuo-wei yang berusaha dalam menggalakkan penggunaan bahasa vernakular.
Ini merupakan titik permulaan corak sastera klasik Cina menuju ke arah permodenan tetapi hanya dari segi bahasa dan jenis gaya penulisan sahaja . Pembaharuan dari segi isi kandungan belum wujud.
Cerpen “Blessings” pula memberi perhatian kepada kaum wanita dengan sistem perkahwinan tradisi yang begitu mengongkongkan. Kepercayaan karut juga sering digunakan untuk mengawasi tindak tanduk wanita seperti:
i. tidak memberi kebebasan untuk belajar
ii. tidak boleh panjat tempat-tempat yang tinggi dan duduk di atas meja kerana akan membawa nasib buruk dan bodoh.

Pada tahun 1918, muncul seorang reformis sastera Cina klasik Lu Xun yang memulakan revolusi sastera dalam penulisan cerpen dengan cerpennya yang pertama dalam koleksi “The Diary of a Madman” yang bertujuan mengkritik sistem feudal Cina.
Cerpen “Blessings” pula memberi perhatian kepada kaum wanita dengan sistem perkahwinan tradisi yang begitu mengongkongkan. Kepercayaan karut juga sering digunakan untuk mengawasi tindak tanduk wanita seperti:
i. tidak memberi kebebasan untuk belajar
ii. tidak boleh panjat tempat-tempat yang tinggi dan duduk di atas meja kerana akan membawa nasib buruk dan bodoh.
Salah satu sumbangan penting dalam Tamadun Hwang Ho ialah sistem tulisannya. |
Subscribe to:
Posts (Atom)