Wednesday 5 June 2013

Tamadun China


Latar belakang tamadun




1.     Letakan – di Lembah Hwang Ho hingga ke selatan China.
2.      Empayar pertama ialah Dinasti Chin.
3.     Maharaja Shih Huang Ti memperluaskan empayar hingga ke Sg. Merah di Vietnam.
4.     Jajahan yang luas disatukan di bawah pentadbiran pusat.

Pemerintahan dan pentadbiran.

1.     Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin.

2.     Konsep raja menjadi maharaja.

3.      Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan rakyat. Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perhikmatan awam berasaskan peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang Ti.

 Perundangan.


1.     Dua prinsip utama – hukuman berat dan bercorak kolektif.

2.      Undang – undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan olek Han Fei Tzu yang menyatakan undang – undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia.

3.     Undang – undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.

4.      Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian.

Perluasan kuasa

1.     Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.

2.      Beliau memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak ).

3.     Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.

4.     Beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.

5.     Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China diwujudkan.


Tembok besar China.





Peningkatan ekonomi.

1.     Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas, penyisir tanah , tanaman bergilir, teres bukit dan terusan.

2.     Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han) – didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.

3.     Mula – mula melalui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).

4.     Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan perdagangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta lembu.


Kolar kuda.






Pendidikan

1.     Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.

2.     Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.

3.     Peringkat rendah – mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.

4.     Peringkat menengah – menumpukan karangan dan sastera.

5.     Peringkat tinggi – menterjemah buku suci.

6.     Peperiksaan awam 3 tahap – Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun – Jen (sarjana) dan Chin Shih (doktor falsafah).

7.      Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana / di hadapan Maharaja).

8.     Peluang kerjaya – menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.

9.     Waktu peperiksaan – tahap 1 (3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun I kali).


Falsafah

1.     Falsafah China menekan hubungan manusia dengan manusia. Sumber utama – Confucianisme, Taoisme, Mo Tzu, tetapi Mo Tzu (Mencius) menolak Confucianisme.

2.     Mo Tzu menekankan hubungan manusia dengan alam sekitar.

3.     Falsafah Legalisme pula berasaskan fahaman percaya bahawa hanya    undang- undang akan memberi nilai baik dan ketrtiban masyarakat.


Sains dan Teknologi.

1.     China menganggap astronomi ialah ilmu sains negara.

2.     Ilmu perubatan – berkaitan konsep Yin Yang (keseimbangan membolehkan manusia sihat).



Simbol Yang dan Yin.



Seni Bina.

1.     Tembok Besar China – kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.

2.      Bandar purba tembok batu – Changan, Anyang, Peking.

3.     Mereka turut menggunakan tanah liat, batu – bata, pintu gerbang, parit besar, menara.

4.     Kota Larangan – istana maharaja yang banyak dewan. (balai penghadapan, temapt hukuman, keraian) dan taman.

5.     Kuil dan Pagoda – temapt tinggal, ruang tamu, pemujaan.



Bahasa dan Kesusasteraan.

1. Wujud dialek – Mandarin, Wu, Hakka, Kantonis.

2. Ssu-ma Chien mencipta karya sastera prosa yang bertajuk “Shih Chi”

3. Tokoh puisi – Tu Fu, Li Po (semasa Dinasti Tang).

4. Ketika Dinasti Han – terpelajar perlu mampu bersajak.



Sistem Sosial.

 1.     Terbahagi 3 kelas utama – atasan  (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya, bangsawan dan sida – sida ), rakyat bawahan  (petani, artisan), dan hamba.Kumpulan dua dan tiga ialah kumpulan sokongan.

 2.     Confiucius membahagikan 4 kelas – teratas  (sarjana/pegawai), ke-2 (petani), ke-3 (tukang), terbawah (pedagang).

 3.     Setiap individu boleh bertukar kelas.



Sumbangan tamadun kepada dunia hari ini

1. Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan hingga kini.

2. Tembok Besar China menjadi sumber pelancongan.

3. Mewariskan teknologi kertas dan tembikar.

4. Sistem peperiksaan awam diteruskan dan diubahsuai.












No comments:

Post a Comment