Friday 7 June 2013

Sumbangan Tamadun China


Sumbangan Tamadun

                      


Kertas pertama di dunia.



     Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.






Mercun.

    Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.





Kompas.


     Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.

    Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.





Confuicius.

            
           Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat.



        Lao Tze.        


                                                                     
             Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

Sistem sosial Tamadun China


SISTEM PEMERINTAHAN DAN SISTEM POLITIK CHINA

(i) Sistem Beraja Tamadun China- Pada zaman Dinasti Shang dan Chou, raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkutan tentera (sistem feudal).- Shih Huang Ti, maharaja China semasa Dinasti Chin.




- Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor.- Dalam menghadapi bahaya serangan penceroboh Tartar secara besar-besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China (Wan Li Chang Cheng).







- Jasa besar ini dikatakan tidak menjadikan orang China terhutang budi kepada Shih Huang Ti kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda, iaitu "pembakaran segala buku".- Peristiwa pembakaran buku dan membununh 400 orang orang sarjana pada tahun 213 SM dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.



Peristiwa Pembakaran Segala Buku



- Semasa Dinasti Han (206 SM - 220 SM), Sistem Peperiksaan Awam diamalkan untuk perlantikan pegawai-pegawai kerajaan baru dan terbuka kepada semua rakyat yang layak.- Pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar.- Liu Pang, pengasas Dinasti Han, memperkenalkan satu Hukum Kanun (hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan, dan hukuman mencari ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya).






Liu Pang, pengasas Dinasti Han.


(ii) Sistem Politik China

-Doktrin sistem politik China banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan aliran - Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan keterbitan dalam masyarakat.


-Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.



(iii) Konsep Pemusatan Kuasa- Aliran legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang.


-Aliran Konfusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yangbersifat etika dan kepimpinan melalui teladan (paternalistik).


Perbezaan antara Aliran Confusianisme dengan Aliran Legalisme


(a) Matlamat untuk Negara dalam Pendekatan yang Berbeza- Dalam aliran Konfusianisme, kerjasama antara pemerintah dan rakyatmerupakan kunci kepada segala kejayaan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.


- Dalam aliran legalisme, segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara, bukan individu.




(b) Kegemilangan Sejarah Lampau- Dalam aliran legalisme, mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepatdan setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza.


- Dalam aliran Konfusianisme, pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain.



(c) Memupuk Kesetiaan Kepada Raja- Falsafah legalisme mengambil pendekatan undang-undang untuk memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.


- Konfusianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.



(d) Mengekalkan Disiplin Rakyat- Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan. Contohnya Dinasti Chin.


- Confusianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana (Dinasti Han).

Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun China


BAHASA DAN SASTERA TAMADUN CHINA


Dalam abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina. Semenjak zaman Han, orang Cina sendiri banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat. Selama tradisi kesusasteraan Cina, bentuk bahasa yang digunakan adalah Cina Klasik (wenyen).

Pada hakikatnya suatu bentuk tulisan yang kurang rigid yang dikenali sebagai tradisi bukan wenyen sudah wujud disepanjang kewujudan wenyen itu sendiri. Bentuk bahasa bukan wenyen ini digunakan untuk rekod-rekod sastera hiburan bagi masyarakat umum di samping menjadi bahasa-bahasa berseloka antara golongan-golongan terpelajar. Baihua juga dikenali sebagai bahasa vernakular ( bahasa daerah) telah dimajukan oleh tokoh-tokoh Gerakan 4 Mei . Penggunaannya bermula sejak munculnya manifesto yang dibuat oleh seorang tokoh iaitu Hu Shih pada 1 Januari 1917.



Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera baik yang ditulis dalam bahasa vernakular seperti “ Water Margin”, “ Journey to the West” , “Dream of Red Mansion” dan lain-lain karya sastera. Kesemua karya ini merupakan khazanah sastera China tetapi tidak diterima oleh golongan konservatif yang mengagungkan bahasa Cina klasik.

Hanya pada zaman akhir Dinasti Ching , barulah muncul tokoh-tokoh seperti Kang Yu-wei, Liang Chi-chao dan Wang Kuo-wei yang berusaha dalam menggalakkan penggunaan bahasa vernakular.
Ini merupakan titik permulaan corak sastera klasik Cina menuju ke arah permodenan tetapi hanya dari segi bahasa dan jenis gaya penulisan sahaja . Pembaharuan dari segi isi kandungan belum wujud.


Pada tahun 1918, muncul seorang reformis sastera Cina klasik Lu Xun yang memulakan revolusi sastera dalam penulisan cerpen dengan cerpennya yang pertama dalam koleksi “The Diary of a Madman” yang bertujuan mengkritik sistem feudal Cina.


Cerpen “Blessings” pula memberi perhatian kepada kaum wanita dengan sistem perkahwinan tradisi yang begitu mengongkongkan. Kepercayaan karut juga sering digunakan untuk mengawasi tindak tanduk wanita seperti:
i. tidak memberi kebebasan untuk belajar
ii. tidak boleh panjat tempat-tempat yang tinggi dan duduk di atas meja kerana akan membawa nasib buruk dan bodoh.







Salah satu sumbangan penting dalam Tamadun Hwang Ho ialah sistem tulisannya.


Seni Bina Tamadun China


Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamadun lain, kecuali di sebelah Asia Timur. Secara umumnya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lama China seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh.
Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tinggal orang Cina telah banyak dibuat oleh ahli arkeologi. Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialah Banpo di luar Xian. Di situ didapati kampung dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar. Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alangditutupi lapisan yang bercampur tanah liat dan jerami. Pintu masuk rumah di sebelah selatan.
Manakala bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perja-lanan sungai. Masyarakat bandar pula terdiri dari beberapa kelas. Oleh itu bandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penempatan kelas aristokrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan tukang. Mana­kala dinding-dinding bandar diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan bandar-bandar Cina kemudiannya mengikuti contoh bandar awal Shang. Antara ciri-ciri pentingnya ialah berdinding, dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakisi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluarga diraja dan aristokrat.
Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dinasti Chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu-bata. Walau bagaimana pun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namunpenggunaannya tidaklah meluas. Manakala rumah diperbuat daripada kayu dengan berdinding dan pembahagian telah diteruskan. Batu bata dan batu digunakan untuk membina kubur, bangunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.

Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah:
1 Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayudan batu bata.
2 Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung perti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan ba­ngunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.
3 Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.
4 Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China se­perti Yin dan Yang dan Feng Shui.
Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan uta­ma. Warna ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

Tamadun China mempunyai seni bina yang unik dari segi struktur, bentuk bumbung, warna yang banyak dipengaruhi oleh tradisi masyarakat Cina. Kayu merupakan bahan binaan struktur utama dan juga medium kesenian seperti ukiran, lukisan dan perhiasan tradisional. Struktur bangunan diperbuat daripada batang kepingan kayu yang disambung dengan rekaan cantuman yang khas dan tanpa dipaku. Tiang pula daripada kayu balak besar, batu kapur, menyokong bumbung dan batu manakala jubin digunakan untuk membuat lantai, dinding, membina makam. Jambatan dan tugu peringatan.
Tokong Cina
Seni bina China mempunyai empat ciri-ciri yang menunjukkan identiti. Pertama, dagoba iaitu tugu peringatan yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur Buddishism. Kedua, padoga iaitu kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada banyak tingkat. Ketiga, pavilion iaitu bangunan kecil yang menyerupai pondok sebagai tempat teduhan, bertakafur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial. Keempat, stupa iaitu kubah Buddha yang menegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang yang berjasa atau sebagai tempat kesucian.
Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat telah diperkenalkan di mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi dan menara ditempatkan pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa kemasukan agama Buddha ke Negara China. Contoh pagoda termasuklah Pagoda Songyue yang terbina 1400 tahun dahulu dan Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil Shaolin.




Tamadun China dalam bidang seni bina 


F1 Tembok Besar China
H1a dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
H1b pembinaan dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti dalam Dinasti Chin
H1c panjangnya 5000 km, lebar 4.5 hingga 9 meter dan tingginya 7.5 meter
H1d bertujuan untuk menghalang serangan orang-orang Hun
H1e semasa Dinasti Ming, tembok tersebut disambung sehingga 6400 km panjang
H1f menggunakan tenaga melebihi 30000 orang


F2 tembok batu
H2a memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok
H2b di bandar-bandar purba China seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu
H2c di bandar lain tembok dibuat daripada tanah liat dan batu bata
H2d setiap tembok mempunyai pintu gerbang
H2e pintu gerbang yang dikelilingi oleh oarit besar dan menara
H2f semua ciptaan seni bina tersebut unuk tujuan keselamatan dan menghalang ancaman pihak musuh

F3 kediaman Maharaja
H3a kawasan dalam tembok menempatkan istana Maharaja
H3b sebuah istana yang masih kekal ialah Kota Larangan
H3c Kota Larangan mempunyai banyak dewan dan taman
H3d dewan berfungsi sebagai balai penghadapan dan tempat hukuman, keraian dan perjumpaan


F4 kuil dan pagoda
H4a kuil yang besar terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan
H4b pagoda berbentuk meninggi hingga 15 tingkat
H4c biasanya pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama
H4d bentuknya tidak tetap bagi semua binaan dan tempat

Sains dan Teknologi Tamadun China



SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho) menunjukkan kejayaan dan sumbangan Cina dalam aspek kejuruteraan.


(i) Bidang Astronomi

-Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
- Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna.
- Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.








(ii) Bidang Matematik

- Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue.

Sempoa (abacus)




- Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.- Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.



Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik)




(iii) Bidang Perubatan.

- Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.- Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.- Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.- Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi rawatan terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa).- Akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril.- Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional:-
  • Huangdi Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning)
  • Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-1593)

  • Hua Tuo, tabib terkenal pada masa Zaman Negeri Berperang (San Guo)





Li Shizhen (1518-1593)




Ben Cao Gang Mu





(iii) Bidang Optik

- Memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pinhole camera)

- Begitu juga pelbagai imej dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lense)


- Prinsip fokus



(iv) Bidang Alkimia

- Usaha ahli alkimia Cina mencari cara yang dapat membuat manusia hidup selama-selamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan"

- Mengandungi merkuri, plumbum dan arsenik.


- Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan jangka usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur bahan bertoksik dan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.






Falsafah Tamadun China




Agama dan Falsafah ~ TAMADUN CHINA

Pengenalan :

1)Masyarakat China mempercayai terdapat semangat yang kuat dalam setiap benda yang tercipta seperti  alam  semula jadi dan sebagainya.

2)Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut maka lahirnya upacara sembahyang dan penyembahan  terhadap alam semula jadi.

3) Mereka sangat mementingkan keharmonian alam semula jadi.  Konsep Feng-Shui @ angin air menunjukkan  tentang  betapa perlunya satu kehidupan harmoni dalam persekitaran semula jadi.

4)Keharmonian dan kestabilan alam semula jadi inilah yang membawa tuah  dan kesejahteraan kesihatan bagi masyarakat China.

5) Walau bagaimanapun, kepercayaan ini tidak membentuk agama formal bagi masyarakat China,tetapi kepercayaan ini menjadi cara hidup masyarakat Cina & membentuk budaya mereka.





Agama yang terdapat dalam tamadun China :


AGAMA CONFUCIANISME:


•Asas Confucianisme dikatakan berasal dari tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Confucius.

•Ianya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia , terutama mengenai perikemanusiaan (ren),kesusilaan(li) , dan ketaatan kepada ibu bapa(xiao) .

•Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(junzi) .

 •Mencius (372 SM-289 SM) , salah seorang pujangga agung  Confucianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik  ketika dilahirkan .


 Oleh sebab itu , manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat  jenis sifat yang baik, iaitu prikemanusiaan (ren) , kewajaran (yi),  kesusilaan (li) dan kearifan (zhi).



Confucius.




AGAMA BUDDHISME:

•Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha(563 SM - 483SM)di India pada kurun ke-6 SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama.

•Selepas penyebaran ke negara China,ianya telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga dikenali sebagai Buddhisme Cina .

•Namun begitu , asas pengajarannya tetap sama iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia .

•Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri  daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Sidharta Gautama Buddha.




AGAMA TAOISME:


•Taoisme diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Tze dan Zhuang Zhi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan tanpa sebarang usaha .

•Terbahagi kepada dua iaitu :
  a)pemikiran falsafah Tao (taojia)
  b)pemikiran keagamaan Tao (taojiao)

•Kitab Taoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakkan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain 
 menerangkan mengenai aspek metafizik Tao .




AGAMA MOISME : 


•MOISME DIASASKAN OLEH MO Tzu (KK 479 SM-381SM) . 

•ANTARA KONSEP YANG PENTING DALAM PEMIKIRAN ALIRAN INI TERMASUK
aspek kasih sayang(jian’ai) , mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib(feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian)

•Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) , pengikutnya menentang konsep mandat tuhan mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Confucianisme.


•Aliran pemikiran moisme menegaskan:
1-penyelarasan dan pembentukan kekuasaan pusat
2-berjimat cermat
3-melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan ke jwtan kerajaan




Pendidikan Tamadun China


Pengenalan

1. Latar belakang sistem pendidikan China

• Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati golongan      intelektual.
• Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok.
• Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah.
• Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun.
• Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.
• Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan.
• Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan.
• Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah.
• Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan.
• Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah ditubuhkan pada peringkat pusat.
• Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan.
• Selain itu, sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran.
• Seterusnya sistem percetakan telah diperkenalkan.



Dasar pendidikan di China :



  • Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, matlamat utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam.
  •  Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama selaras dengan ijazah pertama, tahap kedua, Chun-Jen, setaraf dengan sarjana dan Chin Shih, setaraf dengan  doctor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini.
  • Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecul ( hamlet ), kampung ( villaga ) dan negeri-negeri feudal.
  •  Satu ciri nyata pendidikan tradisional China ialah hubungan system pemilihan pegawai-pegawai awam melalui peperiksaan  awam dan menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah dan tiga tahap peperiksaan.
  • Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama  di Bandar . Diadakan  dua kali dalam tempoh tiga tahun.– Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai.
  • Peperiksaan peringkat kedua  di ibu kota provinsi , calon yang berjaya di anugerah ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga di adakan di Ibu kota empayar, di istana dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai Chin Shih. Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
  • Penghormatan kepada ketiga-tiga ahli akademik, penghormatan tertinggi diberi gelaran Chuang Yuan.
  • Mereka yang lulus ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerjaan , ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
  •  Han Lin- Sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka sebagai sebuah badan penasihat dan penyunting., kebiasaannya bertindak sebagai kabinet maharaja, ada dilantik sebagai tokoh kesusasteraan negara dan berkedudukan tinggi dalam negara.





Matlamat sistem pendidikan tamadun China 


1. Untuk memenuhi keperluan kerajaan dan negara

• Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara.
• Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan.
• Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.
• Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (scholargentry).
• Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan kerajaannya.

2. Peperiksaan awam
• Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan.
• Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan.
• Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan pentadbiran dalam sistem pemerintahan di China.
• Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.
- Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati.
• Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
• Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan.
• Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan.
• Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur hidup di Emperial Academy (organisasi intelek)

3. Untuk menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan
• Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai kerajaan.
• Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah, maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci iaitu: Five classics dan The Four Books.
• Five Classics ialah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals).
• The Four Books terdiri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean dan Works of Mencius.

4. Untuk membezakan golongan elit (pemerintah) dan golongan massa (diperintah)

• Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan ini.
• Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang berpendidikan tinggi ialah Chun Tze atau manusia unggul ( the super or man).
• Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze.
• Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.

5. Untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi)
• Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan.
• Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik memegang jawatan-jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah.
• Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.

6. Untuk menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China
- Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze.


KESIMPULAN


1. Matlamat pendidikan di China adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.
2. Bahkan sistem pendidikan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat (mobiliti sosial).

Thursday 6 June 2013

Peningkatan Ekonomi Tamadun China


Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.







    Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.

    Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.



Kolar Kuda untuk Menarik Kereta Kuda.