SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho) menunjukkan kejayaan dan sumbangan Cina dalam aspek kejuruteraan.
(i) Bidang Astronomi
-Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
- Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna.
- Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.
(ii) Bidang Matematik
- Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue.
Sempoa (abacus)
- Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.- Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik)
(iii) Bidang Perubatan.
- Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.- Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.- Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.- Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi rawatan terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa).- Akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril.- Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional:-- Huangdi Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning)
- Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-1593)
- Begitu juga pelbagai imej dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lense)
- Prinsip fokus
(iv) Bidang Alkimia
- Usaha ahli alkimia Cina mencari cara yang dapat membuat manusia hidup selama-selamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan"- Mengandungi merkuri, plumbum dan arsenik.
- Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan jangka usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur bahan bertoksik dan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
boleh bagi saye sumber bahan ruujukan x
ReplyDeleteTENGS
ReplyDelete