Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamadun lain, kecuali di sebelah Asia Timur. Secara umumnya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lama China seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh.
Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tinggal orang Cina telah banyak dibuat oleh ahli arkeologi. Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialah Banpo di luar Xian. Di situ didapati kampung dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar. Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alangditutupi lapisan yang bercampur tanah liat dan jerami. Pintu masuk rumah di sebelah selatan.
Manakala bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perja-lanan sungai. Masyarakat bandar pula terdiri dari beberapa kelas. Oleh itu bandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penempatan kelas aristokrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan tukang. Manakala dinding-dinding bandar diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan bandar-bandar Cina kemudiannya mengikuti contoh bandar awal Shang. Antara ciri-ciri pentingnya ialah berdinding, dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakisi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluarga diraja dan aristokrat.
Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dinasti Chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu-bata. Walau bagaimana pun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namunpenggunaannya tidaklah meluas. Manakala rumah diperbuat daripada kayu dengan berdinding dan pembahagian telah diteruskan. Batu bata dan batu digunakan untuk membina kubur, bangunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.
Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah:
1 Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayudan batu bata.
2 Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung perti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.
3 Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.
4 Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China seperti Yin dan Yang dan Feng Shui.
Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.
Tamadun China mempunyai seni bina yang unik dari segi struktur, bentuk bumbung, warna yang banyak dipengaruhi oleh tradisi masyarakat Cina. Kayu merupakan bahan binaan struktur utama dan juga medium kesenian seperti ukiran, lukisan dan perhiasan tradisional. Struktur bangunan diperbuat daripada batang kepingan kayu yang disambung dengan rekaan cantuman yang khas dan tanpa dipaku. Tiang pula daripada kayu balak besar, batu kapur, menyokong bumbung dan batu manakala jubin digunakan untuk membuat lantai, dinding, membina makam. Jambatan dan tugu peringatan.
|
Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat telah diperkenalkan di mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi dan menara ditempatkan pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa kemasukan agama Buddha ke Negara China. Contoh pagoda termasuklah Pagoda Songyue yang terbina 1400 tahun dahulu dan Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil Shaolin.
Tamadun China dalam bidang seni bina
F1 Tembok Besar China
H1a dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
H1b pembinaan dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti dalam Dinasti Chin
H1c panjangnya 5000 km, lebar 4.5 hingga 9 meter dan tingginya 7.5 meter
H1d bertujuan untuk menghalang serangan orang-orang Hun
H1e semasa Dinasti Ming, tembok tersebut disambung sehingga 6400 km panjang
H1f menggunakan tenaga melebihi 30000 orang
F2 tembok batu
H2a memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok
H2b di bandar-bandar purba China seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu
H2c di bandar lain tembok dibuat daripada tanah liat dan batu bata
H2d setiap tembok mempunyai pintu gerbang
H2e pintu gerbang yang dikelilingi oleh oarit besar dan menara
H2f semua ciptaan seni bina tersebut unuk tujuan keselamatan dan menghalang ancaman pihak musuh
F3 kediaman Maharaja
H3a kawasan dalam tembok menempatkan istana Maharaja
H3b sebuah istana yang masih kekal ialah Kota Larangan
H3c Kota Larangan mempunyai banyak dewan dan taman
H3d dewan berfungsi sebagai balai penghadapan dan tempat hukuman, keraian dan perjumpaan
F4 kuil dan pagoda
H4a kuil yang besar terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan
H4b pagoda berbentuk meninggi hingga 15 tingkat
H4c biasanya pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama
H4d bentuknya tidak tetap bagi semua binaan dan tempat
apa fungsi pagoda?
ReplyDeletetempat kongkek amoi
ReplyDeleteTempat bunuh kau
DeleteApakah Keistimewaan seni bina tersebut
ReplyDeleteFungsi pagoda ?
ReplyDeletesebagai tempat sembahan tuhan
DeleteWow amazing
ReplyDeleteLancau apa
ReplyDeleteCiri ii hat atas sekali tuu kaaa?
ReplyDelete