Thursday, 6 June 2013

Sudut Maklumat : Shih Huang Ti




Maharaja Chin Shih Huang Ti





Tempoh pemerintahan

7 Mei 247 SM – 221 SM


Maharaja China Pertama

Tempoh pemerintahan

221 SM – 10 September 210 SM


Putera-puteri

Putera Mahkota Fusu
Putera Gao
Maharaja Huhai
Nama penuh

Ayahanda :
Bonda :








Raja yang kini dikenali sebagai Chin Shi atau Shih Huang Ti (259 SM – 10 September 210 SM), nama peribadi Yíng Zhèng, ialah raja Negeri Chin dari 247 SM hingga 221 SM (secara rasminya masih di bawah naungan Dinasti Chou), dan kemudiannya maharaja pertama China yang disatukan mulai 221 SM hingga 210 SM, yang memerintah dengan gelaran Maharaja Pertama (Bahasa Cina. Sebagai pemerintah Chin Besar, baginda dikenali kerana memperkenalkan Legalisme dan juga menyatukan China.

Chin Shih Huang kekal sebagai tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah China. Setelah menyatukan China, baginda serta ketua penasihat baginda Li Si meluluskan beberapa pembaharuan besar yang bertujuan mengeratkan perpaduan, maka mereka menjalankan beberapa projek gergasi, terutamanya versi pelopor bagi Tembok Besar China masa kini, iaitu sebuah makam bersaiz kota yang dijaga oleh patung-patung. Tentera Terracottayang bersaiz manusia, dan sebuah sistem jalanraya kebangsaan besar-besaran, yang mengorbankan ramai nyawa manusia. Untuk memastikan kestabilan, baginda mengharamkan Konfusianisme dan mengebumikan ramai pengikut ajaran itu hidup-hidup, mengharamkan dan membakar semua buku selain yang didekrikan secara rasmi.

Sungguhpun pemerintahan autokratik baginda yang begitu zalim, namun Chin Shih Huang masih dianggap oleh ramai pada masa kini sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah China kerana penyatuan China telah bertahan selama lebih 2,000 tahun.

Konvensyen penamaan
Chin Shi Huang telah diputerakan dalam Kerajaan Zhao, maka baginda menerima nama akhir Zhao, yang merupakan cabang "Ying". Baginda dilahirkan pada bulan Cina zhēng, bulan pertama dalam kalendar Cina dahulu, dan menerima nama yang diberi iaitu Zheng, kedua-duanya boleh saling diubah ketika Cina kuno. Dalam antikuiti Cina, orang menggabungkan nama keluarga dan nama diberi bersama seperti kebiasaan orang Cina kini. Maka, pada zaman dahulu, Chin Shi Huang adalah "Zhao Zheng" atau "Ying Zheng".

Nama yang diberikan tidak pernah digunakan kecuali oleh saudara terdekat; maka, adalah salah untu memanggil Chin Shi Huang "Putera Zheng", atau dengan istilah dinasti biasa "Raja Zheng dari Chin". Sebagai seorang raja, baginda dirujuk sebagai "Raja Chin" sahaja. Jika baginda menerima nama selepas kemangkatan seperti ayahanda baginda, baginda akan dikenali oleh para sejarahwan sebagai "Raja NN. (nama anumerta) dari Chin".

Selepas menakluk negeri yang terakhir pada 221 SM, Chin Shi Huang merupakan raja negeri Chin yang memerintah seluruh China, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berkeinginan untuk menunjukkan bahawa baginda bukan lagi raja biasa seperti ketika Tempoh Peperangan Negeri, baginda mencipta gelaran baru, huangti , menggabungkan perkataan huang dari legenda Tiga Huang (Tiga yang Mulia) yang memerintah ketika permulaan sejarah China, dan perkataan di dari legenda Lima Di (Lima Maharaja) yang memerintah selepas Tiga Huang. TigaHuang dan Lima Di dianggap pemerintah sempurna, kuasa yang sangat hebat dan panjang umur. Perkataan huang juga bermakna "besar", "hebat". Perkataan di juga merujuk kepada Tuhan Utama di Syurga, pencipta dunia. Maka, dengan menggabungkan kedua-dua perkataan itu buat kali pertama, Chin Shi Huang mencipta satu gelaran yang padan dengan pencapaiannya menyatukan negeri Cina yang luas, malah menyatukan dunia. China kuno, seperti Rom purba, percaya empayar mereka merangkumi seluruh dunia, konsep yang dirujuk sebagai "semua yang berada di bawah langit/syurga".



4 comments: