Friday, 7 June 2013

Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun China


BAHASA DAN SASTERA TAMADUN CHINA


Dalam abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina. Semenjak zaman Han, orang Cina sendiri banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat. Selama tradisi kesusasteraan Cina, bentuk bahasa yang digunakan adalah Cina Klasik (wenyen).

Pada hakikatnya suatu bentuk tulisan yang kurang rigid yang dikenali sebagai tradisi bukan wenyen sudah wujud disepanjang kewujudan wenyen itu sendiri. Bentuk bahasa bukan wenyen ini digunakan untuk rekod-rekod sastera hiburan bagi masyarakat umum di samping menjadi bahasa-bahasa berseloka antara golongan-golongan terpelajar. Baihua juga dikenali sebagai bahasa vernakular ( bahasa daerah) telah dimajukan oleh tokoh-tokoh Gerakan 4 Mei . Penggunaannya bermula sejak munculnya manifesto yang dibuat oleh seorang tokoh iaitu Hu Shih pada 1 Januari 1917.



Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera baik yang ditulis dalam bahasa vernakular seperti “ Water Margin”, “ Journey to the West” , “Dream of Red Mansion” dan lain-lain karya sastera. Kesemua karya ini merupakan khazanah sastera China tetapi tidak diterima oleh golongan konservatif yang mengagungkan bahasa Cina klasik.

Hanya pada zaman akhir Dinasti Ching , barulah muncul tokoh-tokoh seperti Kang Yu-wei, Liang Chi-chao dan Wang Kuo-wei yang berusaha dalam menggalakkan penggunaan bahasa vernakular.
Ini merupakan titik permulaan corak sastera klasik Cina menuju ke arah permodenan tetapi hanya dari segi bahasa dan jenis gaya penulisan sahaja . Pembaharuan dari segi isi kandungan belum wujud.


Pada tahun 1918, muncul seorang reformis sastera Cina klasik Lu Xun yang memulakan revolusi sastera dalam penulisan cerpen dengan cerpennya yang pertama dalam koleksi “The Diary of a Madman” yang bertujuan mengkritik sistem feudal Cina.


Cerpen “Blessings” pula memberi perhatian kepada kaum wanita dengan sistem perkahwinan tradisi yang begitu mengongkongkan. Kepercayaan karut juga sering digunakan untuk mengawasi tindak tanduk wanita seperti:
i. tidak memberi kebebasan untuk belajar
ii. tidak boleh panjat tempat-tempat yang tinggi dan duduk di atas meja kerana akan membawa nasib buruk dan bodoh.







Salah satu sumbangan penting dalam Tamadun Hwang Ho ialah sistem tulisannya.


No comments:

Post a Comment