Dinasti Chou (1066 SM - 221 SM) adalah dinasti terakhir sebelum China disatukan bawah Dinasti Chin. Dinasti Chou adalah dinasti yang bertahan paling lama dibandingkan dengan dinasti yang lain dalam sejarah China, dan penggunaan besi mula diperkenalkan di China bermula zaman ini.
Sejarah
Mandat langit
Peta pengaruh Dinasti Chou Barat.
Sesuai dengan tradisi feudal China, para pemerintah Chou mengantikan Dinasti Shang (Yin) dan mengesahkan aturan yang menetapkan mereka sebagaimandat langit, iaitu para penguasa memerintah dengan mandat dari langit. Bila mandat dari langit dicabut, rakyat berhak menggulingkan penguasa tadi. Perintah langit ditetapkan oleh nenek moyang Chou, Tian-Huang-Shangdi, yang berada di atas nenek moyang Shang, Shangdi. Doktrin ini menjelaskan dan membenarkan kekalahan Dinasti Xia dan Shang, dan pada waktu yang sama mendukung hak kekuasaan para penguasa sekarang dan masa depan.
Bangsawan keluarga Ji
Dinasti Chou didirikan oleh keluarga Ji berpusat di Hao ,kini di sekitar Xi'an), meneruskan corak budaya dan bahasa dari dinasti sebelumnya, pengembangan Chou pada awalnya adalah melalui penaklukan. Secara beransur-ansur, Chou memperluaskan budaya Shang hingga ke wilayah utara Sungai Panjang.
Pada awalnya, keluarga Ji mengendalikan negara Chou secara terpusat. Pada tahun 771 SM, setelah Raja You ( menggantikan permaisurinya dengan Selir Baosi, bandar utamanya diserang kekuatan gabungan dari ayah permaisuri, putera Shen yang bersekutu dengan suku-suku asing. Kemudian, putera kepada permaisuri, Ji Yijiu dinaikkan takhta sebagai raja baru oleh para bangsawan negara Zheng, Lü, Qin dan putera Shen. Ibu negara kemudian terpaksa dipindahkan ke sebelah timur pada tahun 722 SM, iaitu Luoyang di wilayah Hainan kini.
Pembahagian Dinasti Chou Barat dan Chou Timur
Disebabkan pemindahan ibu negara ini, para sejarahwan kemudian membahagi Dinasti Chou menjadi Dinasti Chou Barat dari akhir abad ke-10 SM hingga tahun 771 SM, serta Dinasti Chou Timur dari tahun 770 SM hingga tahun 221 SM. Tahun permulaan Chou Barat tetap masih dalam perdebatan, antara tahun 1122 SM, tahun 1027 SM atau tahun lain dalam ratusan tahun dari akhir abad ke-12 SM. Pada umumnya, sejarahwan China menetapkan tahun 841 SM sebagai tahun awal bermula pemerintahan Dinasti Chou dalam sejarah China.
Berdasarkan sejarahwan China terkenal, Sima Qian dalam karya tulisannya, Catatan Sejarah Agung, Chou Timur dibahagi lagi kepada dua zaman iaitu Zaman Musim Bunga dan Luruh dan Zaman Negara-negara Berperang.
Kemunduran
Setelah perpecahan di pusat kekuasaan, pemerintah Chou semakin lemah menjalankan pemerintahan. Setelah Raja Ping , raja-raja Chou yang terkemudian tidak memiliki kekuasaan yang nyata kerana kekuasaan sebenarnya teletak di tangan para bangsawan yang kuat. Menjelang penghujung Dinasti Chou, para bangsawan tidak meletakkan lagi pertolongan keluarga Ji sebagai simbol gabungan kerajaan dan masing-masing mengangkat diri mereka sendiri sebagai raja. Dinasti Chou berpecah menjadi beberapa negara kecil yang bertempur antara satu sama lain. Zaman ini kemudian terkenal sebagai Zaman Negara-negara Berperang yang kemudian diakhiri dengan penyatuan China dalam Dinasti Qin.
Pertanian
Pertanian ketika Dinasti Chou sangat pesat dan banyak kesempatan diarahkan secara langsung oleh pemerintah. Semua tanah pertanian dimiliki oleh para bangsawan, yang kemudian memberikan tanah mereka kepada pekerja mereka. Sebagai contoh, sebidang tanah dibahagi kepada sembilan segi yang mempunyai bentuk telaga dalam ukuran jing, dengan hasil gandum dari pertengahan segi diambil oleh pemerintah dan bakinya disimpan oleh petani. Dengan cara ini, pemerintah bleh menyimpan lambakan makanan dan mengagihkan kembali ketika waktu kemarau atau ketika tuaian tidak baik. Beberapa sektor perusahaan penting ketika tempoh ini termasuk tempaan gangsa, yang digabungkan dalam pembuatan senjata dan perkakas pertanian. Sekali lagi, industri ini dikuasai oleh bangsawan.
Raja-raja penguasa Dinasti Chou
Penguasa Dinasti Chou masih bergelar raja kerana pemerintah China hanya digelar maharaja ketika diperkenalkan pada zaman Dinasti Chin. Di bawah adalah jadual senarai raja-raja Dinasti Chou Barat dan Timur.
Nama
|
Gelaran
|
Masa pemerintahan
|
Panggilan
|
Ji Fa
|
Wuwang
| ||
Ji Song
|
Chengwang
| ||
Ji Zhao
|
Kangwang
| ||
Ji Xia
|
Zhaowang
| ||
Ji Man
|
Muwang
| ||
Ji Yihu
|
Gongwang
| ||
Ji Jian
|
Yiwang
| ||
Ji Pifang
|
Xiaowang
| ||
Ji Xie
|
Yiwang
| ||
Ji Hu
|
Liwang
| ||
Gonghe (masa peralihan)
| |||
Ji Jing
|
Xuanwang
| ||
Ji Gongsheng
|
Youwang
| ||
Berakhirnya Dinasti Chou Barat / Bermulanya Dinasti Chou Timur
| |||
Ji Yijiu
|
Pingwang
| ||
Ji Lin
|
Huanwang
| ||
Ji Tuo
|
Zhuangwang
| ||
Ji Huqi
|
Xiwang
| ||
Ji Lang
|
Huiwang
| ||
Ji Zheng
|
Xiangwang
| ||
Ji Renchen
|
Qingwang
| ||
Ji Ban
|
Kuangwang
| ||
Ji Yu
|
Dingwang
| ||
Ji Yi
|
Jianwang
| ||
Ji Xiexin
|
Lingwang
| ||
Ji Gui
|
Jingwang
| ||
Ji Meng
|
Daowang
| ||
Ji Gai
|
Jingwang
| ||
Ji Ren
|
Yuanwang
| ||
Ji Jie
|
Zhendingwang
| ||
Ji Quji
|
Aiwang
| ||
Ji Shu
|
Siwang
| ||
Ji Wei
|
Kaowang
| ||
Ji Wu
|
Weiliewang
| ||
Ji Jiao
|
Anwang
| ||
Ji Xi
|
Liewang
| ||
Ji Bian
|
Xianwang
| ||
Ji Ding
|
Shenjingwang
| ||
Ji Yan
|
Nanwang
| ||
Huiwang
|
No comments:
Post a Comment