Tembok Besar China
Tembok Besar China.
Negara
|
China
|
Jenis
|
Budaya
|
Mula dibina
|
Abad ke-7 SM
|
Panjang
|
21,196 km (13,171 bt)
|
Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina
sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan
puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa
tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini
sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,
daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan
sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009,
satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang
panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km
(5,500.3 bt).
Sejarah
Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara
pada dinasti Chin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima
pembinaan semula utama telah dicatatkan:
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu
pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok
Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina
pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok
Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar
pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok
ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur
terpanjang di Bumi'.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil
pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi
tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama
untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi
utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu
Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah
dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di
bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu)
di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.
No comments:
Post a Comment