Thursday, 6 June 2013

Perluasan Kuasa Tamadun China



1. Shih Huang Ti berjaya manyatukan seluruh kerajaan kecil di China melalui perluasan kuasa
     juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin.


2. Shih Huang Ti memeirntah secara autokratik, tegas dan mutlak.


3. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor
     dan panglima tentera untuk mentadbir.


4. Mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi mempertahankan empayar daripada
    serangan orang gasar.


5. Zaman dinasti Han, kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar maharaja tentera
     berjaya memperluas kawasan takluk melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat.


6. Kawasan yang Berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang Lembah Tarim dan Tutor di Utara
    Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di Selatan.


7. Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan
    kemakmuran negeri China telah Berjaya diwujudkan.



Tembok Besar China.

Peta Tembok Besar China.





Tokoh-tokoh meluaskan Tamadun China


 Shih Huang Ti

F1     Shih Huang Ti telah menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
F2     beliau memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak
F3     menghapuskan kuasa golongan bangsawan
F4     melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
F5     mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi menghalang serangan orang Gasar






     Han Wu Ti

F1     berjaya meluaskan kuasanya melalui angkatan tentera yang besar dan kuat
F2     meluaskan pengaruh China hingga ke Jepun, Turkistan
F3     berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran China

Perundangan Tamadun China


Legalisme

F1     hukuman berat
F2     hukuman bercorak kolektif
F3     digubal/diperkenalkan oleh ahli falsafah Han Fei Tsu
F4     undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia
F5     dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan
F6     undang-undang/penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan
F7     perlu untuk membendung tindakan liar manusia
F8     raja mesti mempunyai kuasa yang utuh

Confucius

F9     diamalkan pada zaman Dinasti Han
F10   menekankan keperluan raja mempunyai perkerti baik
F11   menjaga keharmonian manusia dan masyarakat

Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China


Tamadun China


F1. Sistem Pentadbiran Berpusat

H1a. Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pernerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat.


F2. Pemerintahan Bercorak Empayar

H2a. Perluasan kuasa ini juga telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M..
H2b. Pada. masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja.


F3. Sistem Birokrasi

H3a. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
H3b. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu.
H3c. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.
H3d. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain.
H3e. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.

Sudut Maklumat : Tembok Besar China



Tembok Besar China


Tembok Besar China.




Negara
China
Jenis
Budaya
Mula dibina
Abad ke-7 SM
Panjang
21,196 km (13,171 bt)




Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Sejarah
Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Chin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:


1.     208 SM (Dinasti Chin)
2.     Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
3.     Abad ke-7 (Dinasti Sui)
5.     1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.


Sudut Maklumat : Teknologi Membuat Kertas





Chai Lun ialah pencipta kertas berkebangsaan Cina yang hidup di zaman Dinasti Han, abad ke-1 - abad ke-2 Masihi. Lahir di Guiyang (sekarang di wilayah Hunan), nama lengkapnya ialah Chai Jingzhong.

Dia membuat kertas dari kulit kayu pokok. Bahagian dalamnya direndam di air dan dipukul-pukul sehingga seratnya lepas. Bersama dengan kulit, direndam juga bahan rami, kain bekas, dan jala ikan. Setelah menjadi bubur, bahan ini ditekan hingga tipis dan dijemur. Lalu jadilah kertas yang mutunya masih belum sebagus sekarang.

 
Tidak banyak catatan tentang Chai Lun, selain ada yang menyebutnya orang kasim. Dia adalah seorang pegawai negara pada pengadilan kemaharajaan.105 M dia mempersembahkan contoh kertas pada Maharaja Han Hedi. Konon maharaja amat girang atas penemuan Chai Lun, dan Chai Lun pun naik pangkat, mendapat gelar kebangsawanan dan menjadi cukong. Namun belakangan dia terlibat dalam komplotan anti istana yang membuatnya ditendang keluar dari kerajaan. Menurut naskah Cina, setelah ditendang keluar Chai Lun mandi bersih, memakai pakaian terindahnya, secepat-cepatnya meminum racun.



Sudut Maklumat : Shih Huang Ti




Maharaja Chin Shih Huang Ti





Tempoh pemerintahan

7 Mei 247 SM – 221 SM


Maharaja China Pertama

Tempoh pemerintahan

221 SM – 10 September 210 SM


Putera-puteri

Putera Mahkota Fusu
Putera Gao
Maharaja Huhai
Nama penuh

Ayahanda :
Bonda :








Raja yang kini dikenali sebagai Chin Shi atau Shih Huang Ti (259 SM – 10 September 210 SM), nama peribadi Yíng Zhèng, ialah raja Negeri Chin dari 247 SM hingga 221 SM (secara rasminya masih di bawah naungan Dinasti Chou), dan kemudiannya maharaja pertama China yang disatukan mulai 221 SM hingga 210 SM, yang memerintah dengan gelaran Maharaja Pertama (Bahasa Cina. Sebagai pemerintah Chin Besar, baginda dikenali kerana memperkenalkan Legalisme dan juga menyatukan China.

Chin Shih Huang kekal sebagai tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah China. Setelah menyatukan China, baginda serta ketua penasihat baginda Li Si meluluskan beberapa pembaharuan besar yang bertujuan mengeratkan perpaduan, maka mereka menjalankan beberapa projek gergasi, terutamanya versi pelopor bagi Tembok Besar China masa kini, iaitu sebuah makam bersaiz kota yang dijaga oleh patung-patung. Tentera Terracottayang bersaiz manusia, dan sebuah sistem jalanraya kebangsaan besar-besaran, yang mengorbankan ramai nyawa manusia. Untuk memastikan kestabilan, baginda mengharamkan Konfusianisme dan mengebumikan ramai pengikut ajaran itu hidup-hidup, mengharamkan dan membakar semua buku selain yang didekrikan secara rasmi.

Sungguhpun pemerintahan autokratik baginda yang begitu zalim, namun Chin Shih Huang masih dianggap oleh ramai pada masa kini sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah China kerana penyatuan China telah bertahan selama lebih 2,000 tahun.

Konvensyen penamaan
Chin Shi Huang telah diputerakan dalam Kerajaan Zhao, maka baginda menerima nama akhir Zhao, yang merupakan cabang "Ying". Baginda dilahirkan pada bulan Cina zhēng, bulan pertama dalam kalendar Cina dahulu, dan menerima nama yang diberi iaitu Zheng, kedua-duanya boleh saling diubah ketika Cina kuno. Dalam antikuiti Cina, orang menggabungkan nama keluarga dan nama diberi bersama seperti kebiasaan orang Cina kini. Maka, pada zaman dahulu, Chin Shi Huang adalah "Zhao Zheng" atau "Ying Zheng".

Nama yang diberikan tidak pernah digunakan kecuali oleh saudara terdekat; maka, adalah salah untu memanggil Chin Shi Huang "Putera Zheng", atau dengan istilah dinasti biasa "Raja Zheng dari Chin". Sebagai seorang raja, baginda dirujuk sebagai "Raja Chin" sahaja. Jika baginda menerima nama selepas kemangkatan seperti ayahanda baginda, baginda akan dikenali oleh para sejarahwan sebagai "Raja NN. (nama anumerta) dari Chin".

Selepas menakluk negeri yang terakhir pada 221 SM, Chin Shi Huang merupakan raja negeri Chin yang memerintah seluruh China, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berkeinginan untuk menunjukkan bahawa baginda bukan lagi raja biasa seperti ketika Tempoh Peperangan Negeri, baginda mencipta gelaran baru, huangti , menggabungkan perkataan huang dari legenda Tiga Huang (Tiga yang Mulia) yang memerintah ketika permulaan sejarah China, dan perkataan di dari legenda Lima Di (Lima Maharaja) yang memerintah selepas Tiga Huang. TigaHuang dan Lima Di dianggap pemerintah sempurna, kuasa yang sangat hebat dan panjang umur. Perkataan huang juga bermakna "besar", "hebat". Perkataan di juga merujuk kepada Tuhan Utama di Syurga, pencipta dunia. Maka, dengan menggabungkan kedua-dua perkataan itu buat kali pertama, Chin Shi Huang mencipta satu gelaran yang padan dengan pencapaiannya menyatukan negeri Cina yang luas, malah menyatukan dunia. China kuno, seperti Rom purba, percaya empayar mereka merangkumi seluruh dunia, konsep yang dirujuk sebagai "semua yang berada di bawah langit/syurga".



Sudut Maklumat : Peperiksaan Awam

Maharani China.




  
  • mengandungi tiga tahap
  •  tahap pertama/Hsiu Tai
  •  tahap kedua/Chun-Jen
  •  tahap ketiga/Chin-Ship
  • tahap pertama setaraf ijazah pertama
  • tahap kedua setaraf dengan sarjana
  • tahap ketiga setaraf doktor falsafah
  • peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah
  • peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
  • tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana/di hadapan maharaja
  • lulus tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan
  • lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik
  • peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
  • peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali
  • sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia
  • peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat
  • mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati
  • pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
  • calon akan ditempatkan dalam bilik dengan disediakan makanan
  • calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan